Raya tahun ini agak spesel. Aku bekerja sepanjang 3 hari sebelum raya sehingga raya ke-2. Kali pertama aku bekerja ketika Hari Raya adalah 2 tahun yang lalu sebagai cashier di stesen Petronas di kawasan R&R Seremban.
Tahun ini aku celebrate hari raya di pusat beli-belah pula. Sebelum ke tempat kerja, aku sempat berkumpul selama 3 jam bersama famili di pagi raya.
Setibanya aku di tempat kerja, suasana amat meriah. Semuanya ceria memakai baju raya. Staf yang bukan Islam juga memakai baju kurung dan baju melayu. Aku dapat rasakan semangat harmoni dan 1Malaysia. Heheh.
Aku pun tak ketinggalan mengenakan baju melayu hitam dengan sampin polis atuk aku. Semasa aku ronda-ronda, ramai customer dok pandang aku semacam. Agaknya disebabkan oleh muka aku macam apek cina dan baju melayu aku yang pelik. Hehe.
Rasanya 2 hari tu adalah paling banyak aku dengar perkataan macho, hensem dan leng chai dalam hidup aku. Kikiki.
October 6th, 2009 at 2033
kesian yer kena kerja
October 8th, 2009 at 1533
apa nak buat haritz..nasib badan..