
Aku cuti hari ini. Dan semalam adalah hari ke-11 aku bekerja tanpa cuti. Baru aku tahu kalau bekerja lama sangat, akan memberi kesan kepada kehidupan harian. Maybe sebab shift kerja yang tak menentu jadikan mood swing aku jadi giler.
Yang jadi mangsa adalah awek aku yang comel tuh. Tak pasal-pasal kene sound. Sampai dia pun sedih asyik kena marah je walaupun tak bersalah. Aku fikir kalau berterusan begini, kemungkinan hubungan kami akan berakhir macam tu je.
So, lepas pulang, aku decide kol dia yang berbincang. Selepas hampir 1 jam, semuanya back to normal semula. Alhamdulillah. Cian kat dia. Sampai nangis-nangis awek aku tuh. Sorry eh sayang.
Anyway, semalam juga adalah hari yang agak spesel. Aku dan rakan sekerja organize jualan amal bubur lambuk untuk tabung kebajikan company. Dalam masa sejam setengah sahaja, kesemuanya bubur lambuk habis dijual. Kami berjaya dapat RM700!
Aku tak bajet pun akan habis sebab kat sini masjid-masjid bagi percuma je. Maybe atas sebab kebajikan di bulan puasa, orang beli.
September 12th, 2009 at 1558
og gitu
October 2nd, 2009 at 1103
hmm. shift kerja tak menentu, jualan amal bubur lambuk.. ko keje kat jusco ke?
October 2nd, 2009 at 2247
yup..heheh
October 2nd, 2009 at 2356
laa nazif admin officer ke.. ni johann, sama batch razis & hezrina.
October 3rd, 2009 at 0007
damn..busted by S2SC MT..thanks for dropping by..