So korang ingat Yuna tu kool la sebab dia seorang awek yang tahu main gitar. Memang pun. Dia kool sebab main gitar sambil pakai tudung. Apa-apa yang berkaitan awek tudung memang tengah hot sekarang ni termasuklah Yuna ni. Hihi.
So kepada korang yang fetish awek-melayu-main-gitar (macam aku), kat bawah ni aku senaraikan artis perempuan Melayu yang tahu main gitar, minus the tudunglah tapi.
Candy
Candy adalah sebuah band dari Sarawak dan antara band all-girl Malaysia yang awal pernah aku tengok. Semua anggotanya adalah perempuan. Tapi hanya satu sahaja lagu yang popular iaitu Akan Ku Tunggu.
Butterfly
Aku tak berapa kenal sangat band ni. Bila aku first tengok cover album diorang, terus aku bandingkan dengan Candy. Tapi bila dengar lagu-lagu, Butterfly lebih brutal dan heavy dari Candy. Mula-mula aku ingat Butterfly ni alterego Butterfingers. Hahaha..
Intoxicated
Band underground perempuan zaman aku muda -muda dulu. Lagu-lagu boleh tahan la. Band ni ada lagu dwibahasa yang bertajuk Kitty Cat. Versi Bahasa Melayu bertajuk Kucingku Aki yang mengisahkan kucingnya yang mati dilanggar lori. Ahaks.
Lucy In The Loo
Perihal band ni aku dapat tahu dari majalah ROTTW. Masa tu ada tersepit gamba kecik band ni tengah perform gig. Disebabkan awek tuh comel dan pegang gitar, terus aku cari album diorang. Tapi susah giler nak jumpa. Sekarang diorang dah disband. Isk..
Estrella
Band yang tengah naik sekarang ni dengan lagu Stay. Awek band ni memang cun. Macam anak patung. Comel giler! Aku sebenarnya ada soft spot dengan awek style dan muka cam Liyana ni. Hihi. (Awek aku sedang isi peluru dalam pistol)
…..
June 7th, 2009 at 2235
Estrella tu wat video klip depan opis kte
June 10th, 2009 at 0114
Yep..That’s rite!
August 6th, 2009 at 0301
ermmm…bgi tips2 tgkp gmbr broo…plissss….n bnykkan lgi info psl band2 ni….ahahahaha…ske plak bace smua tu….
August 13th, 2009 at 0132
kalau aku nak tambah ariana(couple) boleh?hehe
die bukan vox
tapi die gitaris
she’s really2 rocks!
August 13th, 2009 at 0148
hmm..boleh aje..tapi aku tak pernah dengar la band Couple ni..
best ke? hihi